‘Pandai Bawa Kereta, Bodoh Parking’

Kuala Lumur -Berang dengan tindakan pemandu yang tidak bertimbang rasa apabila meletakkan kenderaan, penghuni Kondominium Ken Rimba 2 bertindak melekatkan nota amaran di kereta indidvidu yang didakwa tidak meletakkan kenderaan secara betul.

 

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang penguna Facebook, Shahady Shinigami memuatnaik lima keping gambar yang memaparkan nota-nota yang dilekatkan sebagai tanda amaran agar tidak mengulanggi perbuatan tersebut.

 

Ia dikatakan berpunca dari tindakan pemilik kenderaan tersebut yang tidak melepaskan ‘brek tangan’ hingga menyukarkan pengguna lain.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, nota-nota tersebut ditulis oleh individu yang sama berdasarkan bentuk dan gaya penulisan.

 

Majoriti pengguna Facebook kemudianya memuji tindakan Shahady itu, yang disifatkan sebagai pengajaran bagi mendidik para pemilik kereta yang lain agar berhati-hati bagi mengelakkan menerima nasib yang serupa.

 

Entri Shahady itu turut dikongsi hampir 100 pengguna Facebbok yang lain selain menerima 737 ‘like’

 

Berikut adalah antara ‘kata-kata manis’ yang dilekatkan di kereta tersebut:

 

‘Pandai bawa kereta, bodoh parking’

 

‘Tuhan bagi manusia akal untuk berfikir, jangan jadi anjing kat flat ni’

 

‘Tolong sepak kereta saya, sekian’

 

Dulu kecik-kecik xnak mati, dah besar menyusahkan orang’

 

parking 2

 

 

 

 

 

parking 3

 

 

 

 

 

parking 4

 

 

 

 

 

parking 5

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.