“No Komen,” – Dafi

Kuala Lumpur – Penyanyi, Dafi Ismail Sabri enggan mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan bapanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebook baru-baru ini.

 

Pihak pengerusan Dafi, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd mengeluarkan satu kenyataan bahawa Dafi tiada sebarang komen untuk dilontarkan mengenai isu berkenaan memandangkan perkara itu tiada kaitan dengan bidang hiburan yang diceburinya.

 

Kata pihak pengerusan Dafi lagi, artis itu bukan seorang ahli politik atau seumpamanya sehingga mahu mengulas berhubung isu nasional berkenaan.

 

Sebelum ini, Ismail Sabri mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa rakyat memboikot para peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan selepas harga minyak di Malaysia turun.

 

Pandangan menteri berkenaan telah mendapat maklum balas meluas daripada banyak pihak dan menjadi isu nasional kerana disifatkan berunsur perkauman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.