‘Melati’ Zero Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Kuala Lumpur – Seorang daripada tiga anggota kumpulan Zero yang merupakan finalis rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan Februari ini.

 

Anggota kumpulan tersebut iaitu Mohd Syaiful Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Melati, 25, baru-baru ini mengaku akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya selepas selesai program MLM 2014 pada Jumaat ini.

 

Bagaimanapun ketika ditemui media baru-baru ini, Syaiful memberitahu, jika kemenangan memihak kepada Zero wang yang akan dibawa pulang itu bolehlah dijadikan sebagai perbelanjaan perkahwinannya.

 

Difahamkan, abang kepada Sharif dan Atu yang merupakan dua lagi anggota kumpulan itu berhasrat mengutamakan ibu bapa mereka untuk dihantar ke tanah suci bagi menunaikan ibadat haji.
Syaiful menjelaskan, dia tidak bimbang sekiranya dia akan kehilangan peminat dalam kalangan peminat wanita selepas mendirikan rumah tangga nanti.

 

“Peminat wanita lari? Tak apalah…satu sahaja sudah cukup bah,” katanya sambil berseloroh.

 

Sementara itu, dua lagi adiknya Sharif dan Atu turut berkongsi kegembiraan mereka kerana bakal menerima kakak ipar tidak lama lagi.

 

Mereka juga berharap dapat memberikan persembahan terbaik di pentas akhir MLM 2014 pada Jumaat ini dan cuba menjanjikan kemenangan sebagai usaha bagi merealisasikan hasrat abangnya itu.

 

“Kami sudah bersedia dan kami harap para penonton terus menyokong kami dan suka dengan persembahan kami nanti,” kata Sharif mewakili Zero.

 

Pentas akhir MLM 2014 bakal bersiaran secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, bermula jam 10 malam, Jumaat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.