Kim Soo Hyun Pernah Jadi Pengemis

PELAKON drama bersiri Man From The Stars Kim Soo Hyun dilaporkan pernah menggemis di kawasan kereta api bawah tanah di Seoul, Korea semasa remaja.

 

Hal berkenaan didedahkan oleh salah seorang peserta program Hello Counselor iaitu Lee Young Ja yang memberitahu salah seorang kenalannya pernah melihat aktor itu meminta wang selepas mengadakan persembahan.

 

“Mengikut cerita rakan saya itu dia pernah melihat Soo Hyun bermonolog dan berlakon dihadapan orang ramai yang sedang menunggu kereta api dan kemudiannya meminta wang daripada mereka,” katanya.

 

Bagaimanapun kata Young Ja, Soo Hyun bukan benar-benar meminta sedekah sebaliknya itu adalah salah satu daripada latihan lakonan yang dilakukannya untuk mendapat keberanian berhadapan dengan orang ramai.

 

“Bukan semua orang berani melakukan seperti mana Soo Hyun lakukan dan saya amat menghormatinya kerana perkara itu,” jelasnya. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.