Video: Jokowi Tiba Untuk Lawatan Kerja Tiga Hari

Sepang – Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira jam 3.50 petang tadi bagi memulakan lawatan rasminya selama tiga hari ke negara ini.

 

Kunjungan kali pertama Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi bersama isteri ke Kuala Lumpur itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

 

Malaysia menjadi negara pertama dikunjungi Jokowi dalam senarai lawatan rasminya ke luar negara selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia pada 20 Oktober tahun lalu.

 

Lawatan rasmi Presiden Indonesia itu juga adalah sebagai memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan Menteri Kabinet yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.