IS Itu ‘Syaitan’, Harus Disalib – Syeikh Azhar

Syeikhul Azhar di Mesir menggesa pemberontak-pemberontak Negara Islam (IS) dihukum bunuh, termasuk disalib, selepas membakar hidup-hidup juruterbang Jordan.

 

Ahmed al-Tayeb berkata kumpulan pejuang di Syria dan Iraq itu sebagai pertubuhan “syaitan” yang merosakkan alam dan melancarkan perang terhadap Tuhan, lapor agensi berita dpa hari ini.

 

Pemimpin besar Universiti Al-Azhar yang berpengaruh dan disegani itu juga menggesa hukuman keras terhadap anggota-anggota IS dengan memotong kaki atau tangan mereka.

 

Juruterbang Muath Al-Kaseasbeh ditangkap pada Disember apabila jetnya F-16 terhempas ketika melancarkan serangan terhadap kumpulan pemberontak itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.