Ferris Daniel Milik Kami – Annuar Musa

Kota Bharu – KAFA membuka peluang kepada Felda United untuk berunding mengenai status penyerang Harimau Muda, Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir.

 

Annuar berkata jawatankuasa pengurusan KAFA yang bermesyuarat telah memutuskan mengambil ketetapan bahawa tonggak Harimau Muda itu sah milik TRW.

 

“Ferris sah milik Kelantan seperti yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dan kami akan memaklumkan kepada FAM mengenai kedudukan terkini status pemain berkenaan.

 

“Kami membuka ruang kepada pihak berkenaan sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, mereka boleh datang untuk berbincang dengan KAFA dan kami sedia menerima kunjungan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan penaja dan pelancaran jersi TRW 2015 di sini hari ini.

 

Pemain itu dikhabarkan telah menandatangani kontrak bersama Felda United meskipun Kelantan telah mengumumkan bahawa penyerang Harimau Muda itu ada dalam perancangannya musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.