Dua Lelaki Maut Nahas Dekat Endau

Mersing – Dua lelaki dipercayai kakitangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut, manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Penyambong, Simpang 3, Tanjung Resau, Endau di sini, pagi tadi.

 

Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai bertembung sesama sendiri.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Ismail Muhamat, 57, dan Raden Benni, 53, maut di tempat kejadian, manakala Abdul Aziz Wahab, 59, dan Mohd Yusuf Ishak, 45, cedera.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 pagi tadi, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau bergegas ke lokasi kejadian.

 

kemalangan plkn 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.