Anwar Minta Tangguh Jumpa SPRM

Kuala Lumpur – Datuk Seri Anawr Ibrahim berkata beliau terpaksa menangguhkan dahulu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki Tun Daim Zainuddin kerana fokus kini terhadap masa bersama ahli keluarga.

 

Anwar juga menolak tanggapan ramai pihak beliau mengadakan rundingan sulit bersama pemimpin Umno demi membebaskan diri daripada sebarang hukuman terhadap Kes Liwat II.

 

“SPRM sedang menunggu tarikh dari saya dan saya memang sedia untuk bekerjasama walaupun ramai pihak beri tafsiran.

 

“Saya beritahu bahawa saya tidak terlibat dengan rundingan Umno. Ini isu lama sejak 1999 dan saya pernah serahkan hal ini kepada mahkamah. Hal ini saya sebut semula sebelum PRU-13 tentang peranan Tun Daim dalam kekayaan berlebihan.

 

“SPRM dimaklumkan mengenai penangguhan ini sebab saya di dalam tempoh ini tertekan dengan permintaan keluarga.

 

“Jika saya bebas daripada hukuman mahkamah, saya akan beri ruang kepada SPRM sebab perjumpaan itu akan mengambil masa yang panjang. Jika takdir buruk berlaku kepada saya, saya persilakan SPRM ke penjara Sungai Buloh atau Kajang.

 

“Tapi saya rasa mereka tak hadapi banyak masalah, SPRM boleh rujuk rekod Perbendaharaan Negara,” ujarnya.

 

Anwar berkata demikian mengulas kepada perkembangan siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang memiliki kekayaan lur biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.