Adakah Sabah Berani Sekat Datuk Sri Ismail Sabri Dan Datuk Ibrahim Ali – Teresa Kok

Kuala Lumpur – Menulis di laman Facebooknya, Kok kesal dengan layanan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) itu terhadapnya, apatah lagi tidak dimaklumkan mengenai larangan kemasukannya sebelum ini.

 

“Saya tanya sebab larangan tersebut, tetapi tiada jawapan diberi. Saya kemudian panggil Stephen Wong (Ahli Parlimen Sandakan) yang sambut saya di lapangan terbang untuk datang ke pejabat Imigresen.

 

“Beliau dan pembantunya masuk dan tanya sebab saya dilarang masuk, Puan DG Maimunah (pegawai imigresen) hanya kata ia arahan daripada kerajaan negeri,” kata naib pengerusi DAP itu di Facebooknya.

 

Kok berkata, beliau kemudiannya dihantar balik menaiki pesawat yang sama kira-kira pada jam 3.20 petang.

 

“Inilah layanan kerajaan BN Sabah kepada saya. Saya tidak diberitahu tentang larangan kemasukan sebelum ini, dan saya bazir 6 jam berulang alik dari Kuala Lumpur dan Sandakan dalam kapal terbang sama,” katanya.

 

Kok‎ juga berkata, tindakan menghalangnya sangat tidak munasabah kerana beliau tidak mengeluarkan kenyataan menjejaskan orang Sabah.

 

Beliau juga mendakwa selalu memperjuangkan hak dan kebajikan orang Sabah, khususnya isu berkaitan anak negeri di kawasan pedalaman.

 

“Selama ini, DAP yang selalu membangkitkan perjanjian 20 perkara di antara Sabah dan kerajaan Persekutuan, termasuk kuasa imigresen.

 

“Layanan dan tindakan kerajaan Sabah amat tidak adil, tidak munasabah, ia memang bercanggah dengan dasar dan slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan kerajaan BN,” katanya.

 

Sementara itu, Kok memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, beliau kerap turun ke Sabah, tetapi ini kali pertama dihalang.

 

Manakala Wong yang turut berada di lapangan terbang itu turut mengutuk insiden tersebut ‎sambil mempersoalkan apa kesalahan Kok sehingga dihalang masuk ke negeri itu.

 

“Saya amat kecewa dengan apa yang terjadi kepadanya. Adakah beliau seorang pengganas atau melakukan jenayah di Sabah?

 

“Ia nampak seperti serangan politik dilakukan terh‎adapnya dan mengeksploitasi haknya sebagai rakyat,” katanya.

 

Wong menuntut penjelasan kerajaan negeri Sabah yang ditadbir BN untuk menjelaskan tindakan tersebut.

 

Beliau juga mendesak Imigresen di Sabah untuk mendedahkan senarai nama ahli politik yang disenarai hitamkan terutama daripada pembangkang dengan kadar segera.

 

“DAP Sabah juga mahu kerajaan negeri untuk mengeluarkan Kok dan ahli politik lain daripada senarai hitam dan menghormati semangat Perlembagaan,” katanya.

 

Pada masa sama beliau juga turut mencabar, kerajaan negeri Sabah adakah akan melakukan tindakan sama terhadap pemimpin Umno yang secara jelas mengeluarkan kenyataan rasis.

 

“Adakah kerajaan Sabah berani untuk menyekat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kenyataan perkaumannya dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali jika standard sama diguna pakai dalam pentadbiran,” soal beliau. – MI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.