Ada 12 Fakta Mengenai Kes Anwar

Banyak fakta dan persepsi sedang dibina oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan keraguan terhadao kes liwat beliau ke atas Saiful Bukhari Mohd Azlan.

 

Persepsi yang dibina ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada Hakim atau mewujudkan kemarahan masyarakat sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah.

 

Berikut adalah antara 12 fakta yang perlu difahami.

 

1. Laporan Dr Osman bin Abdul Hamid, Pusrawi yang kononnya tiada penetrasi adalah palsu. Dr Osman berhenti memulakan pemeriksaan sebaik Saiful beritahu diliwat oleh seorang VIP dan mengaku TAK LAYAK periksa kes melibatkan jenayah lalu cadangkan pemeriksaan di Hospitak Kuala Lumpur.

 

2. Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.

 

Namun kenyataan saksi ini dimatikan oleh pendakwaraya yang memaparkan rakaman video Anwar membongkok badan dengan mudah semasa mengangkat baju kotnya.

 

Jika benar, kenapa Anwar boleh naik basikal bercuti di New Zealand baru2 ini? Mereka yg sakit pinggang hanya berupaya berbongkok seketika bila naiki basikal.

 

Tambah lagi, Anwar berupaya berjoget atas pentas ceramah politik, mendokong serta menimang cucunya yg umur 10 tahun.

 

3. Saiful diberi suit jenama mahal BRIONI dan ada bilik sendiri di pejabat ketika baru kerja kurang dari 2 bulan. Tidakkah penyokong Anwar tertanya-tanya tentang fakta kes ini?

 

4. Tambah lagi, Mahkamah Tinggi terima keterangan Saiful sebagai saksi berkredibiliti dan konsisten. Ia tak sama dgn saksi kes liwat pertama, Azizan bin Abu Bakar yg gagal beri tarikh yg tepat malah berubah2.

 

5. Pembelaan tidak bangkang keterangan datang dan pulang Saiful ke kondo. Bukti menunjukkan Saiful datang ke kondo, menaiki van WKP5925, keluar dari kondo, dan akhirnya pulang dgn kereta WMK6. Tiada isu Saiful tidak berada di kondo.

 

6. DNA Anwar dijumpai 4 cm dlm dubur Saiful. Mahkamah Tinggi terima bukti 4 calitan swabs (cotton buds) ada semen dan sperma. Juga DNA dari 4 calit sama dgn DNA dari sampel tuala “Good Morning”, botol air dan berus gigi yg diguna Anwar ketika di lokap.

 

7. Tiada isu Saiful lambat buat report polis. Mahkamah rayuan menerima alasan yangg diberi ketika dibicara di Mahkamah Tinggi.

 

8. Bahan bukti tidak tercemar atau diubah (tampering). Hujah tampering oleh peguambela tak relevan. Pegawai penyiasat Jude Pereira hanya gunting sampul luar dan bukan plastic seal berisi bahan bukti yg perlu di seal mengikut prosedur dan piawaian yg ditetapkan.

 

9. DNA pada semen tak luput. Memang blh terhapus atau turun kualiti tapi tahap penurunan adalah tak sama. Yang penting, para kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dapat jumpa semen, sperma dan bakteria, dan DNA dapat diperolehi.

 

10. Keterangan Anwar dari kandang tertuduh tiada kredebiliti. Ia bukan keterangan yang kuat seperti keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yang boleh disoal balas dan boleh dianalisis.

 

11. Peguam bela gagal kemukakan 13 saksi dalam permohonan dan nama telah diberi pada awal-awal proseding. Tanpa alibi, Anwar tidak boleh sangkal dia tidak berada di kondo kejadian atau bersama keluarga seperti dikatakan Wan Azizah.

 

12. Saksi DNA pembelaan bukan pakar. Sepanjang perbicaraan, saksi ‘pakar’ hanya memberi pendapat dan bukan kepastian. Mereka sebenarnya bukan pakar bidang DNA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.