KPDN siasat stesen minyak jual petrol bersubsidi kepada warga asing

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyiasat kes tular stesen minyak di Rawang menjual petrol bersubsidi kepada warga asing, baru-baru ini.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, siasatan itu membabitkan aduan kenderaan bernombor pendaftaran Thailand mengisi RON 95 di stesen minyak berkenaan.

Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian didapati berlaku pada jam 9.16 pagi, Isnin lalu.

“Seorang lelaki disyaki warga Thailand membayar RM100 di kaunter bayaran untuk membeli minyak tersebut dan semakan pada resit jualan mendapati kereta tersebut mengisi minyak petrol RON 95 sebanyak 48.8 liter,” katanya pada sidang media di Pejabat KPDN Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemilik premis iaitu lelaki berusia lingkungan 40-an sudah diberi notis arahan bagi mengemukakan dokumen mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, dokumen yang diperlukan itu sudah dikemukakan individu berkenaan dan disita bagi tindakan lanjut.

“Siasatan terperinci masih dijalankan dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Ini adalah kes pertama yang direkodkan di Selangor pada tahun ini.

“KPDN memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada semua pengusaha stesen minyak supaya tidak menjual petrol bersubsidi kepada warga asing,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman tular di laman X memaparkan dua individu mengisi petrol bersubsidi yang menimbulkan pelbagai reaksi negatif netizen. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat