Ronaldo Terkeluar 10 Teratas, Neymar Kini Pemain Bola Paling Bernilai Di Dunia

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar merupakan pemain bola sepak paling bernilai di dunia, menurut KPMG.

Pakar kewangan KPMG melancarkan alat baharu untuk menganggarkan nilai-nilai pemain bola sepak Eropah, dengan Neymar yang berusia 26 tahun menduduki tangga teratas sebanyak £206.5 juta (RM1.08 bilion).

Rakan sepasukan PSG Neymar, Kylian Mbappe, 20, menduduki tempat kedua dalam senarai dengan nilai anggaran £193.8 juta (RM1.02 bilion).

Sementara itu, legenda Barcelona berusia 31 tahun, Lionel Messi berada di tempat ketiga dengan nilai £183.2 juta (RM959.47 juta).

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang paling bernilai, dianggarkan £151.6 juta (RM794.03 juta), penyerang Tottenham, Harry Kane £136.1 juta (RM712.58 juta), pemain utama Chelsea, Eden Hazard £133.5 juta (699.66 juta) dan Manchester City, Kevin De Bruyne £116.6 juta (RM610.77 juta).

Pemain hadapan Atletico Madrid, Antoine Griezman dengan nilai £113.2 juta (RM592.96 juta), pemain tengah Manchester United, Paul Pogba £107.5 juta (RM563.05juta) dan pemain Barcelona, Philippe Coutinho £106.5 juta (RM557.61 juta) melengkapkan kedudukan 10 pemain teratas paling bernilai.

Bagaimanapun, pemain Juventus, Cristiano Ronaldo berada adalah di luar kedudukan 10 teratas dengan nilainya £96.5 juta (RM505.24 juta). – Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.