Pembantu Sahkan Anak Lelaki Mat Sabu Ditahan Polis Bersabit Kes Dadah

PETALING JAYA – Seorang pegawai kepada Mohamad Sabu mengesahkan anak lelaki menteri pertahanan itu ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan.

Menurut Bernama, serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Ampang itu dijalankan oleh satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi jam 12.30 malam tadi.

Ketika dihubungi oleh FMT, setiausaha politik Mohamad, Azhar Che Mat Dali mengesahkan penahanan lelaki berusia 31 tahun itu dan berkata, menteri berkenaan kini berada di Balai Polis Dang Wangi.

“Semua orang tidak bersalah selagi tidak dibuktikn salah oleh mahkamah,” katanya kepada FMT, dan menambah, Mohamad komited untuk mengikut saluran undang-undang berhubung kes anaknya itu.

Seramai 101 orang membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki diperiksa dalam operasi berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, merupakan timbalan presiden PAS sebelum beliau menubuhkan Amanah, yang menyertai Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas. – FMT

One thought on “Pembantu Sahkan Anak Lelaki Mat Sabu Ditahan Polis Bersabit Kes Dadah

  • January 8, 2019 at 7:01 pm
    Permalink

    Sabar ya yb mat.. patutnya kaum keluarga kena jaga lah nama mereka displin juga tingkah laku melibatkan menteri!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.