Kes Dadah: Anak Menteri Dibebaskan Dengan jaminan Polis

ANAK lelaki seorang menteri dan rakannya yang ditahan bersama 101 individu dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini, dibebaskan petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob berkata, lelaki berusia 31 tahun dan rakannya, 33, dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dilakukan.

“Lelaki itu dan rakannya sudah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi selepas soal siasat dilakukan.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu diteruskan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan lelaki terbabit ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 3 pagi.

Difahamkan, lelaki itu bersama rakannya sedang berhibur dan saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.