Kerajaan Baharu Mungkir Janji Sejak 10 Mei- KJ

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyindir tindakan melantik  pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menerajui badan berkaitan kerajaan yang dibuat Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Rina Harun.

Khairy menerusi ciapannya di Twitter, mengingatkan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto untuk memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dari kalangan golongan profesional bebas daripada kaitan  kaitan politik.

“Malaysia Baharu… Mungkir janji sejak 10 mei 2018,” katanya.

Terdahulu, Rina mengumumkan pelantikan dua anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Sukiman Sarmani dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi yang masing-masing menerajui Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara) dan Mara Corporation Sdn Bhd.

Dalam kenyataannya hari ini, Rina berkata cadangan berkenaan diajukan oleh pihaknya dan telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.