Ekonomi Negara Pun Nak U-Turn, Najib Sindir Guan Eng

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ekoran membuat dua kenyataan berbeza mengenai situasi ekonomi negara dalam tempoh masa tidak sampai seminggu.

Kata Najib, semasa memberi ucapan Tahun Baharu, beliau sudah memberi amaran bahawa tahun 2019 adalah tahun mencabar untuk ekonomi negara, namun ia disangkal oleh Guan Eng. 

“Masa itu juga, Guan Eng bersungguh kata petunjuk ekonomi untuk 2019 adalah sangat menggalakkan.

“Tak sampai seminggu, Guan Eng membuat pusingan U lagi dan sekarang dia kata 2019 ialah tahun mencabar untuk ekonomi Malaysia.

“Ekonomi negara pun nak U-Turn? 

“Mungkin tak pernah berlaku dalam sejarah di mana Menteri Kewangan sebuah negara boleh konar baring setajam ini.

“Sekejap ekonomi negara sangat menggalakkan. Sekejap ekonomi negara mencabar. Penganalisa ekonomi dan pelabur-pelabur asing pun pening,” sindirnya. 

Pada 31 Disember lalu, Guan Eng dalam ucapan Tahun Baharu 2019 menerusi Facebook Kementerian Kewangan berkata, petunjuk ekonomi sangat menggalakkan walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih baru. 

Beliau berkata, pelaburan langsung asing Malaysia meningkat sebanyak 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018, manakala eksport mencatat rekod apabila meningkat ke paras RM96.4 bilion.

Menurut Guan Eng juga, inflasi pula rendah pada 1.2 peratus dalam tempoh Januari-September 2018.

Bagaimanapun hari ini, beliau ketika menyampaikan ucap tama di majlis MarketPlace @ Penang 2019 berkata, tahun 2019 akan menjadi tahun mencabar bagi ekonomi negara berikutan impak faktor luaran termasuk pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berlanjutan, kebimbangan geopolitik di Timur Tengah, pelaksanaan monetari global lebih ketat serta ketidaktentuan harga minyak.

Ujarnya, ini akan menyebabkan ekonomi Malaysia terutamanya pasaran saham tidak terkecuali daripada impak faktor tersebut. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!