Anak Menteri Ditahan Di Pusat Hiburan, Positif Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang anak kepada Menteri negara ini ditahan di sebuah pusat hiburan malam tadi di ibu kota kerana positif dadah.

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki.

Menurut sumber, dalam pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.