Wanita Didakwa Tipu Pakej Pelancongan Ditahan Polis

Seorang wanita disyaki suspek terlibat dalam sindiket penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan, ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek yang berusia 36 tahun datang bersama suaminya untuk menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi permohonan reman dan ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya kepada Bernama semalam.

Semalam, 23 mangsa termasuklah beberapa artis dan penerbit drama telah membuat laporan di IPD Petaling Jaya selepas mendakwa mengalami kerugian melebihi RM150,000 ditipu pakej pelancongan ke luar negara.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.