Video : Rakaman Misteri ‘Bola Api’ Terbang Muncul Di Langit

OCANA, Colombia – Rakaman video bebola api misteri muncul di udara bandar ini selama beberapa minit tular di laman sosial.

Bola cahaya aneh berwarna jingga itu dirakam perlahan-lahan pudar sebelum hilang sepenuhnya.

Saksi berkata, cahaya itu hilang semasa bergerak di kawasan kejiranan Aguas Claras.

Pihak berkuasa dan penduduk Colombia masih keliru apakah cahaya tersebut, demikian menurut media tempatan.

Rata-rata penduduk mendakwa cahaya aneh tersebut sebuah kapal angkasa makhluk asing yang cuba mendarat di Bumi.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa itu mungkin api yang sedang marak atau objek terbakar.

“Ia bukan bintang. Ia bukan pesawat. Ia adalah Superman,” jerit seorang lelaki dalam bahasa Sepanyol. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.