Video : Jururawat Tergamak ‘Penyek’ Muka Bayi Baru Lahir

Jururawat di Arab Saudi dibuang kerja, malah lesen perubatan mereka turut digantung dan dilarang untuk berkhidmat di mana-mana jabatan kesihatan lain di negara itu, selepas tindakan melenyek dan memicit muka bayi.

Mail Online melaporkan, penderaan terhadap bayi berkenaan berlaku semasa mangsa yang baru dilahirkan dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan.

Perlakuan jururawat itu kemudiannya disedari ibu bayi berkenaan selepas menonton rakaman kejadian yang tersebar di laman sosial.

Susulan penyebaran video tersebut, siasatan telah dijalankan dan tiga kakitangan yang bertugas di sebuah hospital bersalin di Taif telah dikenalpasti melakukan perbuatan keji itu.

ketiga-tiga jururawat yang tidak dinamakan itu telah digantung kerja serta-merta dan lesen perbuatan mereka dibatalkan selain mereka tidak lagi boleh berkhidmat di mana-mana jabatan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.