Video : Fenomena Pantai Berbuih Tular

KUANTAN – Kemunculan gumpalan buih yang berterbangan dan memenuhi persekitaran pantai Teluk Chempedak di sini yang tular di laman media sosial sehingga mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen teruja dengan fenomena tersebut dan terdapat dalam kalangan pengguna media sosial berpendapat kejadian itu berpunca daripada tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati serta lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.

Bagaimanapun, Pengarah Alam Sekitar negeri, Rosli Zul meminta orang ramai tidak membuat andaian kerana pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubungan kejadian tersebut yang mengambil masa kira-kira tiga hari.

“Kita tidak menolak kemungkinan fenomena sama yang berlaku tahun lalu di Balok yang berpunca daripada cecair pencuci.

“Namun, saya tidak boleh mengesahkan punca fenomena tersebut kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan.

Rakaman video yang memaparkan kejadian itu tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp sejak petang kelmarin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.