Tak Sedar Pegang Mikrofon Terbalik – Khai

Penyanyi popular, Khai Bahar mengakui malu dengan insiden dia memegang mikrofon terbalik ketika membuat persembahan di program hiburan popular, Meletop yang bersiaran secara langsung pada 2 Januari lalu.

Menurut Khai, situasi itu merupakan situasi yang pertama kali berlaku sepanjang selebriti berusia 23 tahun ini terbabit dalam persembahan secara langsung.

“Saya malu sangat (ketawa). Tapi, sebenarnya, saya memang tak perasan. Lagipun, sebelum itu, saya sibuk melambai-lambai tangan ke arah penonton.

“Tak sedar pula, rupanya saya pegang mikrofon itu terbalik (tertawa),” katanya, petik Sinar

Biarpun malu, katanya, perasaan itu segera diatasi apabila pengacara, Nabil Ahmad secara spontan memeluknya.

“Kiranya, Nabil jadi penyelamat saya. Kalau dia tak datang, saya pun tak tahu nak buat apa.

“Agak cuak dan takut juga sampai saya terfikir peminat akan kecam. Yelah, sebab orang tak pernah buat kan,” katanya bakal mengeluarkan single duet terbaru bersama pendatang baru, Fatin Husna, bulan depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.