‘Spiderman’ Maut Jatuh Bangunan

TAIPEI – Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Da-Yeh dalam daerah Changhua ditemui mati pada malam Rabu di luar asrama lelaki dengan berpakai­an kostum adiwira Spider­man, lapor Agensi Berita ­Pusat (CNA) Taiwan.

Mangsa yang memakai nama keluarga, Lee dan berusia 30 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan ber­kenaan dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Menurut polis, seorang pelajar yang berjalan melepasi bangunan asrama me­nemui pelajar Malaysia itu dalam kea­daan terba­ring dan tidak sedarkan diri di atas lantai simen sebelum memaklumkannya kepada pihak universiti dan polis, petik Kosmo

Lee telah meninggal dunia ketika pegawai tiba di tempat kejadian, kata polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.