Slogan `Malaysia Akan Bankrap’ Oleh Pembangkang Kini Sudah Basi

Seorang pakar dari luar negara yakin hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 boleh dicapai berasaskan kepada dasar politik, ekonomi, pendidikan dan sistem sosial yang dilaksanakan bagi menghadapi cabaran pembangunan.

Keyakinan itu diluahkan oleh bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy. Ia sekali gus membuktikan bahawa model ekonomi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berkesan.

Selama ini pun jika diperhatikan model ekonomi yang dilaksanakan Najib menjadi ikutan oleh negara luar.

Sebagai contoh adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Selepas dilaksanakan, program ini mula membuka mata semua termasuk pembangkang terutama Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menganggap ia sebagai dedak dan rasuah.

Mahathir yang menolak pelaksanaan BR1M ini kemudiannya memberi bayangan program itu akan dikekalkan jika Pakatan Harapan berkuasa. Ternyata beliau sendiri mengakui akan keberkesanan BR1M bagi membantu golongan sasar.

Bukan itu sahaja, Thailand juga telah melaksanakannya dengan memberi bantuan tunai kepada rakyatnya manakala Arab Saudi berminat untuk melaksanakan program itu bagi membantu rakyatnya berdepan dengan kenaikan harga minyak.

Manakala pakar-pakar ekonomi dari Britain turut memuji program itu. 35 pakar ekonomi itu menyifatkan BR1M membantu mengembangkan ekonomi tempatan.

Dengan pengiktirafan asing ini, ia menolak fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang bahawa negara akan muflis gara-gara hutang negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Hakikatnya ekonomi Malaysia sentiasa dipantau oleh Moody’s, Standard & Poor dan Fitch, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia yang datang secara berkala di Malaysia.

Bukan itu sahaja nilai ringgit juga semakin kukuh dan dijangka terus meningkat. Ringgit mengukuh ke bawah paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak Ogos 2016, pada pagi ini, didorong jangkaan positif ekonomi dan kedudukan kewangan negara.

Pagi tadi, ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat dengan kenaikan harga minyak global merupakan pendorong utama permintaan ke atas nota tempatan.

Pada 9 pagi, ringgit mencatatkan 4.0000/0030 berbanding dolar AS daripada 4.0050/0080 pada penutupan semalam. Menurut penganalisis, pengukuhan mata wang tempatan itu disokong oleh peningkatan kedudukan fiskal kerajaan, unjuran ekonomi negara yang positif serta paras ringgit yang selama ini di bawah nilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.