Semakin Ramai Rakyat Malaysia Miliki Honda dan Mercedes Berbanding Proton

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 5 Januari 2018

Pada 23 Disember 2016 Indeks Bursa kita adalah pada 1617 mata, Ringgit kita berada pada RM4.48 (berbanding USD) dan pertumbuhan KDNK S4 kita ialah 4.3%.

Pagi ini, indeks Bursa kita berada pada 1814 mata (naik 197 mata), Ringgit kita pada RM3.99 dan pertumbuhan KDNK S3 kita ialah 6.2%.

400% lebih ramai rakyat Malaysia melawat Jepun dan 500% lebih melawat Korea pada tahun 2017 berbanding tahun 2009 apabila Dato Sri Najib mula-mula menjadi PM.

Honda, Mercedes dan BMW mencatat jualan kereta rekod di Malaysia pada 2016.

Malah, jualan Honda telah mengatasi Proton sejak dua tahun yang lalu dan kini merupakan jenama kedua terlaris di dalam negara.

Anda lihat lebih banyak kereta Honda berbanding Proton di jalan raya kita – yang mana adalah pelik memandangkan walaupun harga telah berkurangan sedikit, kereta Honda masih lebih mahal daripada Proton.

Honda kini menjual tiga kali ganda lebih banyak kereta pada tahun 2017 berbanding tahun 2009.

Kadar pemilikan telefon pintar, langganan jalur lebar atau TV Kabel juga meningkat dengan begitu ketara. Semuanya jauh lebih banyak sekarang berbanding 2009.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/?ref=br_rs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.