Seluruh Anggota Keluarga Ini Akhirnya Memilih Menjadi Transgender, Ini Sebabnya

Sebuah keluarga di Arizona baru-baru ini mengejutkan dunia kerana empat anggota keluarga itu adalah transgender.

Keluarga berkenaan terdiri daripada seorang ayah, ibu, dan dua orang anak mereka yang memutuskan untuk menjadi transgender, sekali gus menjadi keluarga tunggang terbalik.

Semuanya bermula dari Daniel Harrot, 41 tahun yang dilahirkan sebagai seorang perempuan.

Harrot masih seorang wanita dewasa dan melahirkan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang anak perempuan.

Selepas melahirkan anaknya yang kedua, Harrot berpendapat dia tidak layak menjadi wanita.

Dia merasakan bahawa dia berada di landasan yang salah, dan sebenarnya dia seorang lelaki.

Sejak itu itu, Harrot memotong rambutnya hingga menjadi pendek seperti  lelaki dan mula memakai pakaian lelaki.

Setelah merasai kehidupan seperti seorang lelaki, Harrot akhirnya memutuskan untuk menjadi lelaki seumur hidupnya.

Mengejutkan apabila bahawa anak sulungnya, Josh,  yang dilahirkan sebagai lelaki, yang kini berusia 13 tahun juga mahu menjadi perempuan.

Malah ketika berusia 6 tahun, Josh memberitahu ibu bapanya bahawa dia sebenarnya adalah perempuan,.

 

Setelah Josh berubah dari lelaki ke perempuan, adik perempuannya juga mengikuti langkahnya. Mason yang berusia 11 tahun, dilahirkan sebagai seorang gadis cantik.

Tanpa sebab yang jelas, Mason juga memberitahu Daniel bahawa dia tidak selesa menjadi seorang wanita dan lebih suka menjadi seorang lelaki.

1

Harrot dan anak-anaknya menyertai komuniti asas transgender yang membawa mereka bersama Shirley, seorang transgender yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi memilih untuk menjadi seorang wanita.

Dengan pertemuan ini, Harrot dan Shirley memutuskan untuk tetap bersama kerana mereka saling mencintai.

Harrot berperanan sebagai ayah yang bekerja dan mencari nafkah bagi keluarga itu sementara Shirley sebagai ibu yang menjaga rumah dan memasak untuk anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.