Perkhidmatan Putihkan Alat Sulit Lelaki Popular Di Thailand

Sebuah klinik di Bangkok telah menarik perhatian kaum lelaki di Thailand selepas ia menjalankan perkhidmatan memutihkan alat sulit untuk lelaki.

Hospital Lelux, yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang pemutihan badan, telah menawarkan perkhidmatan memutihkan kulit di bahagian alat sulit lelaki sejak enam bulan lalu selepas seorang pelanggan lelaki mengadu mengenai warna gelap di situ.

“Sekarang ramai orang bertanya kepada kami. Kami menerima 100 pelanggan sebulan dengan tiga ke empat pelanggan mengunjungi hospital ini setiap hari untuk tujuan berkenaan,” kata pengurus di Hospital Lelux, Bunthita Wattanasiri.

Prosedur berkenaan yang menggunakan laser untuk pemutihan telah dikongsi secara meluas dalam media sosial pada Khamis selepas hospital berkenaan menerbitkan gambar seorang lelaki sedang menjalani rawatan pemutihan di bahagian alat sulitnya.

“Kita harus berhati-hati kerana ia merupakan bahagian sensitif pada badan,” kata Bunthita, yang menambah pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun dan kebanyakannya adalah dari komuniti LGBT.

Kos rawatan berkenaan adalah RM2,567 untuk lima sesi. Perawatan laser ini dikatakan mampu mengurangkan melanin di alat sulit dan membuatnya lebih cerah serta berwarna “merah muda.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.