Pembangkang atau BN Yang Sebenarnya Ketandusan Pemimpin Muda?

Saya berasa sedikit terkesima dan terkejut dengan kenyataan balas Kwan Say Hong, Setiausaha Akhbar kepada YB Liew Chin Tong kepada saya. Saya tak kenal siapa Kwan Say Hong ini, tetapi Liew Chin Tong ini adalah Ahli Parlimen Kluang, kepada sesiapa yang tak kenal. Maaf, beliau memang tidak popular dalam kalangan masyarakat, tetapi popular dalam parti DAP. Mungkin beliau bercita-cita mahu menjadi Setiausaha Agong mengantikan Lim Guan Eng. Mungkin.

Saya juga sedikit terkejut dengan bantahan oleh End Kwan apabila dilabel lembap & tidak bijak. Tapi tidak mengapa, yang bijak dan betul hanya mereka (Pakatan Harapan) sahaja. Mereka tidak pernah salah. Sama seperti rakan baru mereka yang dicanang sebagai Calon Perdana Menteri Parti Harapan. Orang lain salah, kafir, pengkhianat, rasuah, salah guna kuasa, dan lain-lain. Tetapi bila sampai kepada mereka, mereka adalah “maksum” bak kata kawan saya yang beragama Islam, yang membawa maksud ‘suci daripada dosa dan tidak melakukan kesalahan’. Tak mengapalah.

Fitnah yang lebih dasyat, mereka melemparkan tohmahan bahawa Barisan Nasional ketandusan pemimpin dan pemimpin muda.

Oklah. Kita cuba percaya mitos DAP-Pakatan Harapan Terhadap Barisan Nasional ini.

1- BN ketandusan pemimpin muda?

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir,92 tahun. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, 77 tahun. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, 71 tahun. Presiden PAN, Mat Sabu, 64 tahun.

Ini bukan sahaja tandus, tapi tamak kuasa. Ada yang bersara, masuk balik, keluar daripada persaraan. Ada yang dari dulu sampai sekarang tak bersara-sara. Tak ada orang lain yang lebih layak ke nak pimpin parti? Contoh, UMNO dah 7 orang Presiden Parti, DAP dari dulu sampailah sekarang masih orang yang sama. Anak beranak memonopoli jawatan tertinggi. Nepotisme. Sekarang sudah berjangkit dengan parti serpihan UMNO. Bapa Pengerusi, Anak Timbalan Presiden. Kesian Presiden, hanya boneka pengerusi.

2- BN ketandusan pemimpin muda?

Hairan kerana kenyataan ini keluar daripada parti DAP yang sedang jinak-jinak “bermesraan” dengan parti serpihan UMNO yang dipimpin oleh ahli politik yang berusia 92 tahun semata-mata mahukan undi orang melayu. 92 tahu, bagilah peluang atok itu bermain dengan cucu, berehat dan beribadat. Kejam betul mereka ni. (Baca: Tandus).

3- BN ketandusan pemimpin muda?

Kenyataan yang keluar daripada Pakatan Harapan yang diketuai oleh “bekas-bekas” orang Barisan Nasional. Bukan sahaja tua, tetapi sudah tidak relevan. Pi mai pi mai tang tu jugak. Anwar Ibrahim keluar UMNO, dia jadi pemimpin pembangkang & calon Perdana Menteri Barisan Alternatif. Kini Dr Mahathir keluar UMNO, dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Skrip yang sama. Ulang-ulang. Rakyat pun mula muak kerana ambil calon kitar semula.

4- BN ketandusan pemimpin muda?

Tindakan DAP terpaksa meng’import’ calon dinasour (baca: calon luar) yang tidak pernah berkhidmat di kawasan tersebut sebelum pilihanraya seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah dan Liew Chin Tong di Kluang. Mana pemimpin muda yang mereka gembar-gemburkan? Kenapa tidak ada calon muda daripada kawasan setempat yang bertanding di kawasan yang saya sebutkan? Sebabnya adalah pembangkang ini akhirnya pusing-pusing adalah orang yang sama dan tidak melahirkan pemimpin muda dikawasan. Mereka lebih gemar meng’import’ calon daripada luar, seperti daripada KL, Ipoh, dan Penang.

Tidak seperti Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Setiap parti komponen BN akan mempunyai cawangan dan Bahagian. Setiap Bahagian (selalunya daerah), pasti akan ada sesorang ‘figura’ atau tokoh tempatan, sama ada daripada golongan dewasa dan muda. Lelaki mahupun perempuan. Tidak pernah putus melahirkan pemimpin muda dan baharu.

Akhirnya, soalan saya kepada Encik Kwan Say Hong, jujurlah, siapa yg sebenarnya ketandusan pemimpin muda?

Chiong Sen How
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Merangkap
Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional Parti Gerakan Raykat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.