Mayat Budak Serangan Buaya Ditemui Tanpa Kepala, Kaki

BETONG – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang disambar buaya ketika sedang memancing ikan di Sungai Kampung Melayu Dit, Debak di sini, kelmarin berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Lebih menyayatkan hati, hanya bahagian badan mangsa sahaja ditemui, tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan dan kakinya.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa, Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, ditemui kira-kira pukul 10.45 pagi di kawasan sungai berdekatan Kampung Buda di sini.

Katanya, cebisan anggota badan kanak-kanak malang itu ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari kampung tersebut, petik Kosmo

“Pasukan mencari dan menyelamat kemudian membawa cebisan anggota badan mangsa ke Kampung Melayu Dit.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya selepas mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Debak untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.