Kisah Seorang Abang Berusia 3 Tahun Yang Menjaga Adiknya Penderita Kanser Rhabdoid, Buatkan Ramai Terharu!

Adik beradik yang masing-masing berusia tiga tahun dan empat bulan memberikan sebuah kisah yang mengharukan.

Mereka adalah William (3) dan Thomas empat bulan.

dilaporkan dari Viral4Real,orangtua mereka diketahui bernama Jon dan Sheryl Blanksby.

Pasangan ini terlihat sangat bahagia dengan keluarga yang mereka miliki.

Namun, kebahagiaan tersebut berubah menjadi hari-hari yang memilukan ketika Thomas di diagnosa oleh doktor menderita kanser yang cukup agresif.

Apabila usianya baru 11 minggu Thomas didiagnosis terkena tumor Rhabdoid yang ganas di ginjalnya.

Semasa kelahiran, anak kedua mereka mempunyai ketulan di lengannya.

Bagaimanapun, ibu Sheryl masih berfikir bahawa ia hanya merupakan tanda lahir biasa.

Kakak yang menjaga adiknya

Tetapi, dugaan itu salah dan ketulan itu semakin membesar dan tumbuh di perut Thomas.

Akhirnya, Sheryl pun membawa Thomas kepada doktor dan menyatakan bahawa ketulan itu adalah tumor ganas.

Bahkan doktor sempat mengatakan bahawa usia Thomas tidak akan lama lagi.

Apabila Thomas berusia empat bulan, dia dilihat tidak mengalami penyakit kerana dia tetap ceria dan comel.

Sebaliknya, Sherly juga bimbang bagaimana menjelaskan kepada anak lelaki sulung, William tentang keadaan adiknya.

Sherly berpendapat bahawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun akan marah jika perhatiannya dikongsi dengan adik beradik lain.

Namun, reaksi yang ditunjukkan William pada adiknya jauh dari sangkaan Sherly.

Suatu hari William mengatakan suatu  yang membuat Sheryl terkejut ketika ia sedang membantu  ibunya menjaga adiknya di bilik.

“Semuanya akan baik-baik saja, ada seorang abang di sini,” kata William kepada Thomas sambil mengusap pipinya.

Ibu bapa mana yang tidak tersentuh melihat peristiwa ini.

Kanak-kanak berusia tiga tahun pada umumnya melakukan kenakalan, tetapi Thomas malah membuat semua orang di dekatnya merasa terharu.

Jon dan Sherly juga berharap agar Thomas boleh terus berjuang melawan penyakitnya dengan sokongan dan kasih sayang dari mereka sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.