Juruterbang India Bergaduh Dalam Penerbangan London-Mumbai

Jet Airways menggantung dua juruterbangnya yang dilaporkan bergaduh  dalam pesawat ketika berada di angkasa dari London ke Mumbai.

Jet Airways menyatakan juruterbang yang terlibat diberhentikan sementara dari tugasnya sehingga menunggu siasatan.

Penerbangan yang membawa 324 penumpang itu bagaimanapun dapat mendarat dengan selamat di Mumbai.

Menurut laporan media India, insiden itu berlaku apabila seorang juruterbang lelaki menampar seorang juruterbang wanita, yang kemudiannya keluar dari ruangan kokpit sambil menangis.

Namun juruterbang wanita itu berjaya dipujuk untuk kembali ke ruangan kokpit semula.

Seorang pegawai di Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India, DGCA, memberitahu agensi berita India PTI bahawa juruterbang lelaki itu turut telah meninggalkan bilik kokpit sebanyak dua kali semasa mereka bergaduh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.