Inilah Remaja Palestin Pertama Yang Ditembak Mati Israel Pada Tahun 2018

Tentera Israel telah menembak mati seorang remaja Palestin di pinggiran utara wilayah Tebing Barat, Ramallah, demikian pengesahan yang dibuat pihak berkuasa Palestin seperti yang dipetik dari Al Jazeera.

Mangsa dikenali sebagai Musab Firas al-Tamimi, 17 tahun, berasal dari Deir Nitham.

“Dia meninggal dunia selepas tentera Israel menembak di bahagian lehernya,” ujar Maria Aqraa, jurucakap  Palestin.

“Dia dikejarkan ke hospital di Ramallah dan meninggal beberapa minit kemudian,” katanya.

Aqraa berkata, Musab ditembak ketika berkonfrantasi dengan tentera Israel.

Berdasarkan laman web Times of Israel, tentera Israel mendakwa Musab memegang senjata.

Namun tidak diketahui secara jelas adakah  Musab memegang senjata ketika tembakan itu berlaku.

Musab adalah keluarga Tamimi yang tinggal di kampung Nabi Saleh, di mana aktivis remaja Ahed Tamimi ditangkap pada 19 Disember.

Ahed Tamimi yang gemar berhadap-hadapan dengan tentara Israel bersenjata lengkap | Nabisalehsolidarity

Ahed sendiri dikenakan 12 tuduhan oleh mahkamah Israel.

Nama Ahed melonjak selepas rakaman videonya menampar dan menendang askar Israel di wilayah jajahan Tebing Barat, menjadi viral.

Insiden tersebut berlaku selepas tentera Israel menembak sepupu Ahed yang berusia 15 tahun tepat di bahagian wajah menggunakan peluru getah.

Akibat tembakan tersebut, sepupu Ahed mengalami kecederaan hingga perlu dirawat kerana koma selama 72 jam.

Bukan sahaja Ahed, sepupunya yang berusia 20 tahun, Nour dan ibu yang muncul dalam video, juga ditangkap oleh tentera Israel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.