Dua Mayat Bayi Dibekukan Hidup-Hidup Dalam Peti Sejuk

POLIS menemui dua mayat bayi yang dibekukan hidup-hidup di dalam peti penyejuk selepas mencurigai kelakuan seorang wanita yang dikejarkan ke hospital selepas bersalin di rumah dalam kejadian di wilayah Kirovohrad, Kiev, Ukraine.

Polis percaya kedua-dua bayi berkenaan dilahirkan selang setahun.

Polis berkata, wanita berusia 34 tahun itu kelihatan dalam keadaan uzur selepas melahirkan anak namun enggan memberitahu di mana anaknya berada sebelum polis menyerbu rumahnya.

Jurucakap polis wilayah Kirovohrad berkata, wanita itu dihantar ke hospital di Olexandriia.

“Keadaannya amat uzur selepas melahirkan anak namun tidak dapat memberitahu di mana anaknya berada.

“Pada hari sama, polis melakukan pemeriksaan di rumahnya dan menemui dua mayat bayi di dalam peti penyejuk beku,” katanya.

Wanita terbabit sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala polis kini melakukan siasatan terhadap pembunuhan bayi yang baru lahir.

Polis berkata, kedua-dua mayat terbabit kemungkinan dibeku pada dua waktu yang berbeza.

“Polis masih menyiasat untuk mengenal pasti keadaan sebenar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.