Dituduh Ada Kekasih Baru, Suami Orang Ini Penggal Kepala Kekasihnya Dengan Sabit

MUMBAI – Dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki yang sudah berkahwin telah memenggal kepala kekasihnya dengan sabit.

Pritesh Patel, 30, telah menjalinkan hubungan dengan seorang penari dan model dari Mumbai, Jyoti Surjeet Singh, meskipun lelaki itu sudah berkahwin.

Patel mengenali dan jatuh cinta kepada Jyoti selepas melawat bar di Mumbai tempat perempuan itu bekerja.

Pembunuhan sadis itu didakwa berlaku di rumah Patel di kampung Timba dekat kota Surat, Negeri Gujarat.

Jyoti dilaporkan mengunjungi Patel di kampungnya untuk meraikan hari ulang tahunnya pada 27 Disember lalu. Mereka kemudian pergi ke Mumbai pada 28 Disember untuk merayakan malam tahun baru.

Sehari selepas itu, Jyoti datang kembali ke rumah Patel, kali ini bersama pemandu Sandeep Singh yang ditemani isterinya.

Tiba di kampung Timba, Patel kemudian menarik Jyoti dan kedua-duanya mula bergaduh disebabkan Patel cemburu.

Mereka bertengkar sehingga Patel akhirnya memotong kepala Jyoti menggunakan sebilah sabit dan kemudian melarikan diri.

Melihat kejadian yang dahsyat itu, Sandeep Singh dan isterinya turut melarikan diri kerana takut Patel akan menyerang mereka.

Sandeep Singh kemudian membuat laporan polis. Patel telah ditangkap dan ketika memberikan keterangan, dia mengaku membunuh Jyoti kerana mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih lain sedangkan dia sudah banyak menghabiskan wang demi wanita terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.