800 Jemaah Solat Jumaat Harung Banjir

KEMAMAN – Biarpun terpaksa mengharung air banjir setinggi paras lutut tidak menjadi halangan jemaah Masjid Haji Wan Muda, Bukit Mentok di sini untuk menunaikan solat Jumaat hari ini.

Sebahagian daripada 800 jemaah tersebut juga terpaksa menaiki sampan bagi mengharung banjir untuk sampai ke perkarangan masjid tersebut.

Imam Masjid Haji Wan Muda, Mustopa Othman, 60, berkata, pengurusan masjid bersyukur umat Islam setempat tetap komited menunaikan solat Jumaat walaupun sedang dilanda musibah banjir.

“Saya lega masjid ini dapat melaksanakan solat Jumaat walaupun hampir keseluruhan perkarangan masjid dikepung dengan air banjir.

“Sebelum ini, solat Jumaat pernah terpaksa diadakan di pusat pemindahan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di sini kerana keseluruhan masjid tenggelam dalam kejadian banjir besar pada tahun 2013,” katanya ketika ditemui Kosmo di perkarangan Masjid Haji Wan Muda, Bukit Mentok di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.