PM Terima Kunjungan Hormat Panglima Angkatan Tentera

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di pejabatnya di sini.

 

Pertemuan empat mata itu dilakukan bersempena pelantikan Raja Mohamed Affandi sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantikan Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkuat kuasa 16 Disember lepas.

 

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat. Pada pertemuan itu, Raja Mohamed Affandi turut menyerahkan cenderamata kepada Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.