Jika BR1M Rasuah, Selangor Lagi Banyak ‘Sogok’ Rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor teraju Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali didakwa memberi rasuah lebih besar kepada rakyat negeri berkenaan sekiranya menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sogokan politik.

 

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berkata, kerajaan negeri juga memberi ‘sogokan’ seumpama itu menerusi beberapa inisiatif kepada semua penduduk negeri berkenaan termasuk warga asing.

 

“BR1M diberi hanya kepada rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah dan ini sebagai usaha kerajaan pusat untuk mengagihkan bantuan terus kepada kumpulan sasaran yang mungkin tidak dinikmati oleh mereka melalui subsidi tertentu,” katanya.

 

Jelasnya, ‘sogokan’ oleh kerajaan Selangor termasuk skim air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Perkhidmatan Bas SMART, Program Tuisyen Rakyat, Hadiah Masuk Universiti dan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

 

Sebab itulah jika dikatakan BR1M dianggap rasuah bukankah di Selangor lagi besar ‘sogokan’ kepada rakyat,” katanya dipetik UMNO Online.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas respon Azmin yang bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menuduh BR1M sebagai rasuah.

 

Kenyataan Azmin ini bercanggah dengan pendirian Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang tidak beranggapan BR1M sebagai sogokan politik.

 

Pendirian Wan Azizah turut dikongsi majoriti pemimpin pembangkang lain termasuk dari DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).

 

Turut memberi respon terhadap kenyataan Azmin adalan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz yang menyifatkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah demi kepentingan politik semata-mata.

 

“Siapa lebih berpolitik dalam soal ini. Jika mereka bersetuju BR1M dianggap sogokan, kita juga boleh katakan seperti yang disebutkan tadi bahawa Azmin lebih daripada segala-galanya,“ tegasnya.

One thought on “Jika BR1M Rasuah, Selangor Lagi Banyak ‘Sogok’ Rakyat

  • January 5, 2017 at 6:58 pm
    Permalink

    Jangan di salah anggap tabung warisan anak selangor itu sogok ye…itu adalah hak anak jati selangor,lepasan 18 tahun baru dapat duit itu.bawah 18 tahun boleh ke mengundi @ tahu erti rasuah atau sogok??? Kerajaan harus la adil bukan menyusahkan rakyat sampai bila rakyat boleh hidup dalam ekonomi GST???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.