Tiga lelaki didakwa edar 38.98kg dadah

JASIN: Tiga lelaki termasuk seorang warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi, atas pertuduhan mengedar 38.98 kilogram methamphetamine di Kampung Bukit Tinggi di sini bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh N Sivam, 41; K Kalitasan, 30, dan warga India Antony Arockiya Raj Selvaraj, 32, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 38,980 gram di Lot 2933, JA 5796, Jalan Bukit Tinggi B, Simpang Kerayong, Kampung Bukit Tinggi, di sini 22 Disember 2014.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Zaridah menetapkan 5 Februari 2015 sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia. -BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.