“Saya sendiri akan adakan mesyuarat sekiranya Palanivel enggan” – Saravanan

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan ketika ditemui wartawan. Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak sendiri sekiranya Presiden parti itu enggan mengadakan mesyuarat khas untuk memilih jawatankuasa baharu.

Saravanan selepas pertemuannya dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini telah menggesa Datuk Seri G Palanivel mengadakan khas mesyuarat khas bagi menyelesaikan isu pemilihan parti itu.

MIC telah diberi lanjutan tempoh sehingga 120 oleh ROS untuk menyelesaikan masalah pemilihan parti itu selepas mengeluarkan notis pembubaran pada 31 Disember lalu.

“Kalau dia (Palanivel) tak ada, saya akan jumpa 15 orang dan kita boleh adakan mesyuarat. Jangan lupa, Ahli Majlis Tertinggi MIC 15 orang setuju, kita masih boleh,” katanya ketika ditemui wartawan di luar pejabat ROS pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menghormati presiden dan tetap akan menghubungi beliau dan timbalan presiden MIC untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

“Kalau masih enggan, saya ada ruang untuk mencari 15 orang ahli Majlis Tertinggi untuk mengadakan satu mesyuarat khas.

“Kalau itu juga gagal saya akan cari 40 orang ketua bahagian untuk mengadakan perhimpunan khas,” tegas Saravanan.

Sementara tu, beliau turut menyatakan rasa kesal atas tindakan Palanivel bertemu dengan ROS dengan membawa peguam yang tidak dilantik MIC.

“Saya sedih dan tekejut bila dapat tau, dia datang ke ROS dengan Barath Maniam dan seorang peguam bernama Chandra.

“Saya tidak tahuu siapa Chandra ini dan bagaimana dia dapat mandat. Kalau dia datang sebagai kawan, saya tiada maslaah tetapi kalau dia datang sebagai peguam, dia telah lakukan satu kesilapan kerana tiada mandat dari parti atau kongres,” katanya.

Tambahnya, Palanivel gagal berpegag kepada janji seperti yang dikotakannya pada mesyuarat parti tersebut.

Palanivel sebelum ini dilaporkan berkata, dia dan timbalannya Datuk Seri S Subramaniam akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada ROS atas arahan untuk mengadakan pemilihan baru.

Palanivel juga dilaporkan memaklumkan mereka akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan isu itu. -Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.