Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana dolar terus mengukuh berbanding mata wang utama lain, kata peniaga.

Lima minit selepas pasaran dibuka, ringgit disebut harga pada 3.5230/5260 berbanding dolar berbanding penutupan Jumaat lalu pada 3.5150/5170.

Ringgit secara asasnya diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.3927/3980 daripada 5.4588/4630 pada Jumaat, dan mengukuh berbanding dolar Singapura pada 2.6437/6467 daripada 2.6450/6471.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.2149/2192 daripada 4.2345/2380 tetapi lemah berbanding yen kepada 2.9302/9330 daripada 2.9202/9228 sebelumnya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.