MKN nafi buka pendaftaran mangsa banjir

KOTA BHARU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada membuka pendaftaran mangsa banjir yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan di Pusat Media Banjir Kelantan, di sini, penyebaran terbabit tidak tepat sedangkan tugas terbabit sebenarnya dipertanggungjawab kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“MKN Kelantan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pendaftaran mangsa banjir di negeri ini. Semua urusan pendaftaran mangsa banjir dilakukan oleh JKM berdasarkan ketetapan yang digariskan dalam Arahan MKN 20,” katanya. -BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.