Dua mayat kapal karam di Vietnam dikenal pasti

SATU daripada dua mayat kru kapal kargo Norway karam di perairan selatan Vietnam diusung ke pelabuhan di bandar Vung Tau petang semalam. – Foto thanhniennews.com

HANOI: Dua mayat kru kapal kargo Norway karam di perairan selatan Vietnam sudah dikenal pasti sebagai kapten kapal dan timbalannya.

Akhbar The Thanh Nien melaporkan, mayat kapten Ronel Acueza Andrin dan timbalannya, Jerome Maquilang Dincy dibawa ke wilayah selatan Ba Ria Vung Tau semalam.

Kapal mereka, Bulk Jupiter yang karam bersama 19 anak kapal warga Filipina pada Jumaat lalu sedang dalam pelayaran dari Malaysia ke China.

Penyelamat yang Vietnam yang bergegas ke tempat kejadian berkata kapal dagang lain yang melalui tempat kejadian juga meneruskan pencarian.

Hanya ketua tukang masak kapal dikenali sebagai Angelito Capindo Rojas terselamat dalam kejadian itu.

Rojas memberitahu pegawai tempatan bahawa beliau tidak mengetahui apa punca kejadian.

“Saya tidak faham mengapa kapal berkenaan menemui nahas dan karam. Saya hanya mengetahui kapal yang sedang belayar, tiba-tiba tenggelam. Saya hanya sempat mengenakan jaket keselamatan lalu terjun ke laut,” katanya.

Thanh Nien memetik Ketua Pengarah Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Nguyen Anh Vu, berkata operasi menyelamat sebelum ini tergendala disebabkan cuaca buruk. – AP

-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.