Sultan Johor berkenan berangkat ke jamuan teh bersama rakyat di Muar

- Advertisement -

MUAR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Muar, Segamat dan Tangkak di Dataran Tanjung Emas, di sini.

Majlis yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda itu dihadiri kira-kira 3,000 rakyat.

Sultan Ibrahim yang diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tiba di majlis itu pada 3 petang.

Turut berangkat menghadiri majlis berkenaan ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai kerajaan.

Pada majlis yang diserikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum itu, Sultan Ibrahim turut berkenan melihat sembilan kek yang dipersembahkan sempena hari keputeraan baginda sebelum diagihkan kepada rakyat yang hadir.

Jamuan Teh Bersama Rakyat juga dijadual diadakan di Mersing pada 8 Disember ini, Pontian (11 Disember) dan Kluang (14 Disember). – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat