Samsuri boleh pimpin PAS lebih moderat dan terbuka berbanding Hadi – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang disaran untuk melepaskan jawatan Presiden PAS kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi memimpin PAS yang bersifat lebih moderat dan terbuka.

Saranan itu disuarakan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

“Tahniah Samsuri atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kemaman — adakah Hadi akan meletakkan jawatan sebagai Presiden PAS untuk memberi laluan kepada Samsuri untuk memimpin sebuah PAS yang bersifat lebih moderat dan terbuka?

“Saya ucapkan tahniah kepada Ahmad Samsuri Mokhtar atas kemenangannya dalam pilihan raya kecil Kemaman.

“Persoalannya sekarang adalah sama ada Hadi akan meletakkan jawatannya sebagai Presiden PAS untuk membolehkan Samsuri mengambil alih dan memimpin sebuah PAS yang bersifat lebih moderat dan terbuka, menjadi sebuah parti yang menolak ucapan kebencian, penipuan, fitnah, dan berita palsu — perkara-perkara yang sudah menjadi sinonim dengan PAS sejak meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015? kata Kit Siang.

Ujar beliau, masa depan Malaysia amat gelap sekali sekiranya salah satu parti pembangkang utama di Parlimen dipimpin oleh Ahli-ahli Parlimen, termasuklah yang memegang ijazah doktor falsafah, yang buta media dan mereka yang gagal untuk membezakan di antara kebenaran dan penipuan atau mengenal pasti fitnah, berita palsu, dan perkara yang tidak tepat.

“Samsuri adalah seorang jurutera aero-nautikal.

“Adakah dia akan membawa PAS ke dalam satu era yang lebih relevan dengan realiti dan keperluan Malaysia? ujar Kit Siang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat