Rajinikanth Ikrar Bawa Kerajaan Bebas Rasuah

- Advertisement -

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth mengumumkan secara rasmi untuk menyertai politik dan berikrar untuk membawa kerajaan ‘bebas rasuah’ ke negeri asalnya.

Hero filem aksi itu, salah seorang pelakon dengan bayaran termahal di Asia berkata di Twitter bahawa dengan ‘sokongan besar dari orang ramai’ dia akan melancarkan parti politik pada bulan Januari dan akan bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan di Tamil Nadu tahun depan.

Bekas konduktor bas berusia 69 tahun itu mengatakan bahawa orang ramai mahukan ‘politik jujur, telus, bebas rasuah, tanpa kasta, sekular dan kerohanian’ di negeri itu.

“Perkara-perkara indah dan menakjubkan akan berlaku!” dia menambah tanpa menyatakan secara jelas bahawa dia akan bergerak sendirian.

Pelakon itu mempunyai ramai peminat di seluruh India di mana dia dipanggil ‘The Superstar’ atau ‘Thalaivar’ (pemimpin).

Setiap filem baru Rajinikanth menyebabkan Tamil Nadu ‘huru-hara’ dengan peminat mendapatkan potongan rambut seperti watak terbarunya atau mencacah tatu dengan wajahnya di badan mereka.

Rajinikanth, yang bekerja di syarikat bas di Bangalore sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 1973, membuktikan kekuatan politiknya pada tahun 1996 ketika dia meminta peminat untuk menentang pemerintah Tamil Nadu, yang kemudian diundi untuk disingkirkan.

Pada 2017, dia mengatakan ingin memasuki politik untuk membawa ‘perubahan di Tamil Nadu’.

Peminatnya menyalakan bunga api sebagai meraikannya tetapi menunggu lama untuk menyaksikannya secara rasmi.

Rajnikanth melancarkan gerakannya sendiri, Rajini Makkal Mandram (RMM), yang sejak itu menjadi tapak loncatan politik untuk hero filem itu.

Beliau terus menghasilkan filem dan memiliki masalah kesihatan yang menyebabkan beberapa orang percaya bahawa dia akan melepaskan cita-cita politiknya.

Selain Rajinikanth, antara bintang filem di India yang turut mencuba nasib dalam politik adalah Sunny Deol, Kamal Haasan, Jaya Bachchan (isteri Amitabh Bachchan), aktres Rekha dan pelakon komedi Govinda – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat