KAFA Tidak Lari Daripada Hutang – Bibi

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berhempas pulas untuk melunaskan tunggakan hutang lapuk yang dianggarkan berjumlah RM8 juta.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, setakat ini sebanyak RM2 juta telah dilunaskan oleh badan induk itu bagi mengelakkan mereka berdepan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, tunggakan tersebut melibatkan pembayaran gaji para pemain import bagi tahun 2015 dan 2016.

“Setakat ini, KAFA masih berhutang RM6 juta daripada jumlah keseluruhan RM8 juta. Kita akan cuba selesaikan tunggakan ini secara beransur-ansur dengan memberi keutamaan kepada pemain yang telah membuat laporan kepada FIFA.

“Kita juga perlu memberikan keutamaan kepada persiapan pasukan untuk mengharungi sai­ngan Liga Malaysia musim 2018,” katanya, lapor Kosmo.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum per­sefahaman (MoU) pe­najaan dan rakan niaga KAFA musim 2018 di Kota Bharu semalam.

Bibi Ramjani memberitahu, minggu ini KAFA terpaksa melunas­kan hutang berjumlah RM400,000.

Kata­nya, semua tunggakan hutang itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana beliau baru tiga bulan menerajui KAFA.

“Saya juga merayu kepada pemain tempatan yang masih mempunyai tunggakan dengan KAFA supaya tidak mendesak badan induk itu.

“Kita akan cuba selesaikan tunggakan ini secara berjadual dan berharap pemain faham situasi KAFA ketika ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani berkata, syarikat automotif dan kewangan dilaporkan bakal menjadi penaja utama pasukan Kelantan musim depan.

Katanya, pihaknya sedang berunding dengan kedua-dua syarikat tersebut untuk dibawa masuk bagi mengisi dana persatuan.

“Kita sedang memuktamadkan jumlah tajaan dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Dua syarikat gergasi Jepun, Yakult dan Rohm Wako juga menyatakan persetujuan untuk meneruskan tajaan bagi musim 2018,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.