Video : Hujan Airmata Di Himpunan Solidariti Rohingya

KUALA LUMPUR – Laungan dan airmata etnik Rohingya bergema di Himpunan Solidariti di sini pagi tadi.

 

SuaraTV menemuramah seorang daripada warga Rohingya yang turut berhimpun menyatakan solidaritinya ke atas penindasan etnik itu di Myanmar.

 

Seorang daripadanya, Najmuddin, 32, berkata, beliau sangat berterima kasih dengan solidariti yang ditunjukkan Malaysia.

 

“Keluarga saya adik berasik saya terbunuh di sana. Saya terima kasih kepada Malaysia kerana bersama-sama menyuarakan hak kami ke ats penindasan ini,”katanya yang sudah 10 tahun menetap di sini.

 

Seorang lagi yang ditemui, Ismail, 43 yang cacat anggotanya ditemui berkata, sungguhpun dia sudah sebatang kara di dunia namun, bagi menunjukkan solidaritinya, dia datang berkumpul di sini.

 

Dia turut berharap agar solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia didengari seluruh negara sekali gus membuka mata negara-negara Islam bersama-sama dalam menunjukkan solidariti mereka.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.