Isu Rohingya Bukan Campur Tangan

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembelaan terhadap etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar bukan soal campur tangan Malaysia di negara itu, sebaliknya ia adalah atas dasar kemanusiaan.

 

Timbalan perdana menteri menegaskan bahawa sikap mengambil berat adalah atas dasar sikap kepedulian universalisme yang ditunjuk pemimpin dan rakyat Malaysia.

 

“Kita mahu masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Jenayah mengambil tindakan terhadap tentera di Myanmar.

 

“Rohingya harus dibela (bukan sahaja) oleh kita, tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa keseluruhannya,” katanya ketika berucap pada ‘Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya’ di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

 

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mempersoalkan peranan pemimpin Myanmar yang telah menerima anugerah keamanan tetapi masih berlaku penindasan dan kezaliman terhadap etnik Rohingya.

 

Katanya, ini bukan hari pertama hari terakhir rakyat Malaysia akan bangkit untuk perjuangkan nasib etnik Rohingya.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.