Najib Mahu Lebih Ramai OKU Berdaftar Dengan JKM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih ramai golongan Orang Kurang Upaya di negara ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Dalam catatan di laman Facebooknya, Najib menarik perhatian bahawa dianggarkan terdapat 4.4 juta golongan kurang upaya di Malaysia, namun hanya 506,228 yang berdaftar dengan jabatan itu.

 

“Saya berharap masyarakat di negara ini lebih prihatin dalam memastikan golongan istimewa ini didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata perdana menteri.

 

Ini, katanya, akan membolehkan mereka menerima kemudahan dan keistimewaan yang disediakan kerajaan.

 

Najib turut berkongsi pengisian khutbah Jumaat yang didengarnya hari ini.

 

“Sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia semalam, khatib mengingatkan bahawa kita harus berganding bahu dalam membela nasib dan masa depan golongan istimewa ini,” katanya.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.